Tanpa sebarang petunjuk jelas, tiada siapa yang mengetahui di mana lokasi Boeing 777-200 MH370 meskipun pesawat terbabit mempunyai antara kelengkapan tercanggih di dunia.
Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi Sabtu lalu ke Beijing membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal dan dua bayi.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi Sabtu dengan membawa 14 kerakyatan.
Masing-masing 152 penumpang dari China; Malaysia (38); Indonesia (12); Australia (7); Perancis (3); Amerika Syarikat (4); New Zealand (2); Ukraine (2); Kanada (2) dan masing-masing seorang dari Rusia; Itali; Taiwan; Belanda dan Austria.
Masing-masing 152 penumpang dari China; Malaysia (38); Indonesia (12); Australia (7); Perancis (3); Amerika Syarikat (4); New Zealand (2); Ukraine (2); Kanada (2) dan masing-masing seorang dari Rusia; Itali; Taiwan; Belanda dan Austria.
Juruterbang sudah mahir dalam teknologi pesawat.
Kedua-dua bayi berasal dari China dan Amerika Syarikat.
Pesawat dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dengan pegawai pertama, Fariq Ab Hamid, 27, yang kali terakhir dikesan di Latitud 065515 Utara dan Logitud 103443 Timur iaitu kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.
Dari aspek komunikasi, timbul persoalan bagaimana pesawat secanggih itu gagal menghantar isyarat walau sedetik dan hilang begitu saja.
Penganalisis Penerbangan, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdapat empat jenis sistem komunikasi berlainan saluran boleh digunakan juruterbang dan pembantunya.
“Kita menyedari dengan kecanggihan teknologi pada masa sekarang, adalah mustahil bagi juruterbang pesawat terbabit gagal menghubungi menara kawalan,” katanya.
Menurutnya, terdapat inovasi yang dinamakan panggilan di bawah tekanan atau ‘distress call’ iaitu perhubungan untuk meminta bantuan daripada kokpit.
“Namun persoalannya, kenapa ia tidak digunakan?” soalnya.
Samsuri memaklumkan, kemungkinan ia berlaku hanya apabila semua sistem komunikasi pesawat terbabit sengaja ditutup.
“Jika pesawat menjunam secara perlahan ke dalam laut, tetapi sekali lagi saya tegaskan, kokpit ada masa singkat untuk menghubungi menara kawalan.
“Ia masih ada masa untuk membuat panggilan pantas,” katanya.
Samsuri adalah bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) selain pernah menjadi Penasihat Kementerian Pelajaran.
Pesawat Boeing 777-200 dikenali sebagai antara pesawat paling selamat dengan hanya dua kejadian berlaku membabitkan Asiana Airlines dan British Airways.
Asiana Airlines terbabit dalam satu kejadian di San Francisco, Amerika Syarikat dan menyebabkan tiga individu terkorban manakala British Airways pula terlajak di landasan ketika mendarat, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Oleh itu, kejadian Malaysia Airlines MH370 agak mengejutkan ramai orang dan meninggalkan misteri yang sangat besar.
Agak mustahil bagi sebuah pesawat hilang begitu saja tanpa sebarang amaran seperti ‘mayday’ atau ‘pan pan pan’.
Selain itu, pesawat Boeing 777 dilengkapi dengan sistem komunikasi yang canggih seperti radio VHF memungkinkan komunikasi radio sehingga 402 kilometer (km) selain HF yang mampu berkomunikasi sehingga 1609km.
Malah, teknologi komunikasi yang disediakan termasuk Controller Pilot Data Link Communication (CPDLC).
CPDLC menyediakan komunikasi data udara-darat untuk perkhidmatan termasuk satu set elemen mesej pelepasan, maklumat atau permintaan yang sesuai dengan ayat yang digunakan dalam prosedur kawalan suara trafik udara.
Mesin ini disediakan dengan keupayaan untuk mengeluarkan tahap tugasan, perubahan laluan, kelajuan dan tugasan frekuensi radio.
Walau bagaimanapun, menjadi misteri apabila pesawat MH370 tidak mengeluarkan sebarang panggilan kecemasan terutama pesawat Boeing 777 dilengkapi dengan CPDLC.
IT@Metro mendoakan segala yang baik bagi pesawat MH370!
Sumber: HarianMetro
0 Response to "Ada yang tidak kena pada MH 370 ?"
Post a Comment