KAJANG: Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.
Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.
Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.
“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri,“ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.
Related Posts :
SEKSI : Buat maksiat dalam surau spaIPOH - Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang le… Read More...
Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang di kuarters kesihatanPASIR MAS – Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pem… Read More...
GEMPAR! Kes Bunuh Diri Terbaru di Berjaya Times SquareJALAN IMBI - Sorang lelaki berusia 21 tahun maut kerana terjun daripada tingkat 9 di pusat beli-belah Berjaya Times Square, di Ja… Read More...
(Video) Adik Natasyah dicampak pengasuh sampai sawan dan matiKuala Lumpur: “Saya terpaksa mengambil Natasyah dan lima lagi anak dari sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Ogos lalu, selepas mendapat tahu … Read More...
Serius: Wanita Ini Pernah Di Penjarakan Sebanyak 397 KaliSeperti tak jemu atau takut dengan hukuman penjara, seorang wanita di Amerika Syarikat kembali mengulangi kejahatannya. Tidak hanya sekali, … Read More...
0 Response to "GEMPAR!!! GAMBAR RAKAMAN CCTV MEMBUKTIKAN KEBENARAN"
Post a Comment