Catuan Air Gagal?

Paras Air Di Empangan Semakin Kritikal Coz Pengguna Guna Lebih Air?
Catuan Air Gagal. Pengguna masih guna banyak air. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Kesimpulan ini dibuat kerana empangan air semakin kritikal.

Sebenarnya kita agak keliru dengan kenyataan ni. Secara logic bila catuan air dilakukan, pengguna hanya menggunakan air berdasarkan jumlah yang dibenarkan. Sememangnya berlaku penjimatan air kan, coz apabila air dicatu, air memang tak ada untuk tempoh dua hari sekali berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh Syabas. So air yang digunakan sudah pasti berkurangan. Tak mungkin ada yang akan menggunakan air seperti biasa atau lebih daripada biasa coz air memang tak ada.

Air Di Empangan Berkurangan

Isunya disini, paras air diempangan semakin berkurangan. Apa yang pasti jika musim kemarau berterusan dan tak ada hujan, sudah semestinya jumlah air di empangan juga berkurangan.Bukan disebabkan pengguna menggunakan lebih air.


Naik Tariff Air Untuk Kurangkan Penggunan Air

Memandangkan usaha catuan air dianggap gagal, pihak kerajaan kini sedang memikirkan untukmenaikkan tarif air untuk mengelakkan pengguna mengunakan air yang banyak.Hmmm..penyelesaian yang agak pelik lagi misteri. Dah lah air tak ada. Sekarang tarif air pulak nak dinaikkan. Kesian pengguna. Dua kali didenda tu.

Selain daripada kenaikan tarif air, kerajaan juga mungkin akan mengisytiharkan darurat air. Kita tak pasti apa implikasi darurat air untuk semua. Kalau curfue tak boleh keluar rumah, kalau darurat air camne tu ya? Bukan catuan ke? Mungkin lebih dahsyat daripada sekarang kot. Air cuma ada seminggu/sebulan sekali mungkin. hmmm..

Jadual Catuan Air Peringkat Ke Empat

Sebelum ni, pihak Syabas telah mengeluarkan notis berhubung catuan air peringkat keempat yang telah berlansung mulai dari 1 April hingga ke 30 April 2014.

Klik SINI untuk mendapatkan Jadual Catuan Air ya!!!

0 Response to "Catuan Air Gagal?"

Post a Comment