Perkahwinan Di Bawah Umur |
Perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di Nigeria terutamanya dikhalangan penduduk Islam dan miskin. Bagi keluarga miskin ini, perkahwinan adalah cara terbaik untuk mengurangkan beban. Jika mereka mengahwinkan anak mereka bermaksud, satu suapan sudah berkurangan.
Malangnya tidak semua perkahwinan yang diatur membawa kebaikan. Mungkin kepada keluarga ianya adalah kebaikan. Tapi tidak kepada empunya diri. Inilah yang terjadi kepada pasangan Wasila Umaru dan Umaru Sani.
Membunuh Untuk Akhiri Perkahwinan Paksa
Wasila Umaru yang berusia empat belas tahun, dipaksa mengahwini Umaru Sani yang berusia 35 tahun. Perkahwinan ini berakhir dengan tragedi apabila Wasila Umaru bertekadmengakhiri perkahwinan tersebut dengan cara membunuh apabila mencampurkan racun tikus kedalam hidangan nasi yang disediakan untuk meraikan perkahwinan mereka.
Akibat keracunan, Pengantin lelaki dan rakannya meninggal dunia pada hari yang sama, manakala dua lagi mangsa meninggal di hospital keesokan hari. Umaru mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak suka. Kesian dengan nasib mereka ni. Gadis malang ini kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Alhamdulillah kita di Malaysia masih terkawal, biar pun ada juga kes-kes terpencil. Akibat kemiskinan macm-macam boleh berlakukan..