TERKINI : PAHANG SEBUAH BAS TERBABAS


Ini kali keberapa malapetaka yang melibatkan bas express terbabas / terjatuh gaung berlaku di pahang . Dan hari ini yang terbaru 3/6/2014 sebuah bas express terbabas . Siapa yang harus dipersalahkan ?? .

KUANTAN - Seramai 28 penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut selepas kenderaan itu terbabas masuk ke dalam parit di Kilometer 136, Jalan Kuantan- Johor Baharu dekat Rompin, awal pagi, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi itu, beberapa penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca tingkap bas yang pecah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari arah Johor Baharu ke Terengganu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, salah satu tayar bahagian hadapannya mengalami kerosakan menyebabkan bas itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu termasuk ke dalam parit.

“Pemandunya berjaya mengawal kenderaan daripada terbalik bagaimanapun beberapa bahagian badan bas mengalami kerosakan.

“Semua penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri dan mereka yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Johari berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu memandu dalam kelajuan yang selamat sebelum tayar bas terbabit mengalami masalah menyebabkan ianya hilang kawalan.