VIDEO: Detik Sedih Papa Hero Tangisi Kematian Abam Iyo


Detik-detik sedih Papa Hero menangisi kematian Abam Iyo di klinik haiwan telah dikongsikan di Facebook Fan Club Kakimotong.

Ia dirakamkan menerusi kamera pengawasan klinik tersebut.

Menurut Papa Hero, Abam Iyo meninggalkannya genap sebulan selepas pemergian arwah ibunya dan kesedihan tersebut tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Tidak ramai orang yang memiliki sifat penyayang terhadap haiwan seperti Papa Hero.

Kami yakin, anda pun akan turut sebak selepas menonton video ini. Saksikan…


BAGI pencinta kucing, Hero atau Abam Iyo adalah nama seekor kucing unik yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kucing yang kudung kakinya akibat dipotong kerana mencuri ikan di pasar itu telah diselamatkan oleh seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Hero dan pernah mendapat liputan meluas oleh media.