Mesir meminta laman video YouTube agar mengeluarkan video mengenai wanita yang diserang secara seksual pada perhimpunan di Dataran Tahrir pada majlis sambutan kemenangan presiden baru awal minggu ini.
Jurucakap bagi Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi menyataka permintaan itu disampaikan kepada laman sosial YouTube itu oleh Kedutaan Mesir di Washington.
Wanita terbabit sendiri juga meminta agar video itu dibuang daripada YouTube ketika al-Sisi melawatnya di hopsital Rabu lalu. YouTube setakat ini masih belum memberi reaksi berhubung perkara itu.
Video grafik itu yang menunjukkan seorang wanita dibogelkan dan diserang di Dataran Tahrir ditonton dengan meluas pada minggu ini.
Lihat selanjutnya.. https://www.youtube.com/watch?v=2ZiA5PHpYTg