[VIDEO SEDIH] Ini Jawapan Sebenar Penemuan OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai


Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata ibu remaja lelaki OKU jenis 'celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya.

"Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan lanjut dijalankan.Oleh itu Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah turun ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di mana tempat remaja tersebut diserahkan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Rohani berkata, siasatan juga mendapati ibu bapa remaja tersebut telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Ibu tersebut menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati pengabaian terhadap anak serta OKU ini berlaku,

"JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM. JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja itu," katanya.

Tonton video penemuan remaja terbabit di bawah ini;