(20 Gambar Eksklusif ) Majlis Berinai Che Ta & Zain Saidin


Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini. Majlis yang bermula pukul 8.30 malam tadi itu menampilkan pasangan bakal pengantin Rozita Che Wan menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6,500. Selain itu Che Ta turut menggayakan set kedua berlian kuning merangkumi sebentuk tiara, choker mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh berlian kuning dan champagne serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5,085. Sementara itu, rekaan inai Che Ta dan Zain ditaja oleh My Beautiful Henna dan katering oleh N'Dah Katering Shah Alam. Che Ta dan Zain menyarung busana ungu biji kundang rekaan Rizman Ruzaini dan off white rekaan Bianco Mimosa. -- Kosmo!
















: Kredit : 
Instagram Selebriti :: Wartawan Hiburan :: Pereka Fesyen :: Portal Hiburan

0 Response to "(20 Gambar Eksklusif ) Majlis Berinai Che Ta & Zain Saidin"

Post a Comment