Ejen Ali - Filem Animasi Malaysia terbaru bakal muncul 2015


27 Ogos 2013 - Nampaknya dunia animasi di Malaysia semakin lama semakin rancak dengan kemunculan siri-siri animasi menarik dan terbaru. WAU Animation Sdn. Bhd. juga tidak mahu ketinggalan dan bakal melancarkan animasi sulong mereka berjudul Ejen Ali pada tahun 2015. Menariknya syarikat ini telah mengambil langkah untuk bermula dari panggung wayang terdahulu. Ini sememangnya startegi yang amat berlainan daripada syarikat-syarikat animasi yang lain di Malaysia kerana mereka sering bermula dari siri animasi di TV terdahulu.
Ejen Ali menceritakan tentang seorang budak penakut yang cuba menyelamatkan ayahnya yang telah diculik oleh kumpulan pengganas cyber demi mendapatkan hasil ciptaan ayahnya. Dalam usaha menyelamat itu, dia telah dibantu oleh seorang perisik dan juga seekor kucing.
Untuk maklumat lanjut berkenaan filem animasi Ejen Ali ini, anda boleh ikutinya di lama Facebook rasmi mereka atau laman rasmi mereka di www.wau.my.
Kemaskini : Pihak WAU Animation telah menghubungi kami dan memberitahu mereka akan menerbitkan mini siri atau siri pendek sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan Ejen Ali kepada para penonton. Ia juga adalah salah satu usaha mereka untuk membina kumpulan peminat sebelum filem ini ditayangkan di pawagam kelak. Sama-sama kita menyokong industri animasi tempatan. 

0 Response to "Ejen Ali - Filem Animasi Malaysia terbaru bakal muncul 2015"

Post a Comment