Video tribute sebagai penghormatan kepada Paul Walker – oleh pasukan Fast & Furious



Pasukan (krew) francis filem Fast and Furious telah melancarkan sebuah video penghormatan ke atas Paul Walker yang sungguh menyentuh perasaan.

Paul Walker (1973-2013)



Paul Walker yang meninggal dunia minggu lepas akibat terlibat di dalam kemalangan ngeri yang mana kereta yang dinaiki beliau terbakar. Beliau yang dalam perjalanan untuk mengikuti aktiviti amal “Reach Out Worldwide”, mati di tempat kejadian sejurus Porcsche Carrera GT yang dipandu oleh rakan baiknya, Roger Roads (turut terkorban) terbakar akibat impak dari perlanggaran dengan lampu jalan dan pokok.
Pasukan Fast & Furious melancarkan video tersebut bagi memberi penghormatan ke atas Paul Walker yang merupakan pelakon utama di dalam siri filem F&F tersebut.
Sungguhpun produksi pembikinan filem terbaru, Fast and Furious 7 ditangguhkan buat sementara waktu, Universal Studio dalam kenyataannya mengumumkan bahawa francis filem tersebut tidak akan dihentikan. Pastinya, hampir kesemua skrip asal akan ditulis semula.

0 Response to "Video tribute sebagai penghormatan kepada Paul Walker – oleh pasukan Fast & Furious"

Post a Comment