Kisah Sebenar Tangan Putus Di Sabah (2 Gambar)

Abang SS difahamkan heboh di Whatsapp berkenaan tangan seorang cikgu di Sabah dipotong dengan parang akibat memulas telinga anak murid. Siapa la pemula cerita tu. Yang sebenarnya kejadian tu bukan berlaku di Sabah pun tapi di Sarawak dan tidak kena mengena dengan cikgu pulas telinga murid.

UPDATE CERITA SEBENAR (Kejadian bukan berlaku di Sabah dan bukan kerana memulas telinga murid)
Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman, mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.
Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak Rm 300 drp Mayling. Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah.
Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri.
Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan. Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.
Menurut doktor, Kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat/ senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki.
Sumber: FB DTR Group

0 Response to "Kisah Sebenar Tangan Putus Di Sabah (2 Gambar)"

Post a Comment