SERIUS : Pelakon Adam Davin Akhirnya Di Berkas Polis

Setelah laporan demi laporan dibuat, akhirnya Adam Davin atau nama sebenarnya diberkas pihak polis dalam satu cubaan terbaru beliau untuk menipu seorang berpangkat datuk.



















Antara salah seorang mangsanya, Raja Azmi melahirkan rasa lega dan gembira beliau dengan tertangkapnya lelaki tersebut.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat lega akhirnya lelaki ini ditangkap kerana penipuan yang dilakukannya bukan sahaja pada saya, malah kepada ramai orang lain juga.

“Ia akan menjadi pengajaran kepada orang ramai juga agar mereka tidak mudah diperdaya dengan janji manis dan kata-kata individu yang baru dikenali,” katanya


Pada Mei tahun lalu, Raja Azmi telah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini terhadap lelaki berkenaan berikutan penipuan di sebuah kedai kain Gulatis dan penyalahgunaan namanya sebagai penerbit filem.

Dalam pada itu, pengacara Hefny Sahad, 26, dan penyanyi Asfan Shah, 30, turut mengakui hampir ditipu oleh lelaki itu yang juga mengakui dirinya adik kepada pelakon Kavita Sidhu.

Hefny berkata, Adam Davin cuba menawarkan kontrak untuk sebuah program televisyen dan akan menjalani penggambaran di luar negara bersama beberapa artis.

“Dia seorang yang sangat berani dan menawarkan kontrak untuk saya dan Asfan menjalani penggambaran dokumentari di luar negara selama beberapa bulan.

“Namun lama kelamaan saya dapat hidu kata-katanya seperti tidak masuk akal dan nasib baik saya juga diberitahu oleh seorang rakan bahawa dia pernah ada kes dengan Raja Azmi,” ujarnya yang bersyukur tidak melibatkan apa-apa kerugian wang tunai.


Tangkapan dibuat terhadap lelaki tersebut pada petang Isnin berhubung satu laporan mengenai kes penipuan.

Jelasnya lagi, Davin seorang yang sangat licik dalam penipuannya dengan tidak meninggalkan sebarang bukti yang membuatkan dia tertangkap.


Antara artis yang pernah ditipu pemuda itu ialah Anzalna Nasir, Betty Rahmad, dan Hanez Suraya

Laporan Asal: penpatah

0 Response to "SERIUS : Pelakon Adam Davin Akhirnya Di Berkas Polis"

Post a Comment