Kehilangan MH370 – Sultan Brunei Titah Buat Solat Hajat

Di saat negara kita diduga dengan dugaan besar seperti ini, nyata negara jiran kita Brunei turut menghulurkan bantuan dari segi keupayaan teknikal dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Segala bantuan amatlah dihargai oleh kerajaan Malaysia.
Bagi umat Islam usaha yang dilakukan turut diiringi doa dan sembahyang hajat memohon dipermudahkan segala urusan. Jiran seagama kita yang paling terdekat turut tidak lupa memberikan bantuan dalam bentuk kerohanian.
Alangkah mulianya hati Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menitahkan seluruh umat Islam di negaranya melakukan solat hajat beramai-ramai bagi memudahkan urusan mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei semalam, Sultan Brunei menitahkan seluruh umat Islam melakukan solat hajat beramai-ramai di masjid-masjid terutamanya di Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah.
Terharu dan tidak terkata. Kami sebagai rakyat Malaysia berterima kasih dengan doa yang dihulurkan oleh Sultan dan rakyat Brunei. Berkat doa kita semua, moga pesawat MH370 dapat ditemui dengan segera.
Sumber: Tengoktvonline via Harianblogger

0 Response to "Kehilangan MH370 – Sultan Brunei Titah Buat Solat Hajat"

Post a Comment