RAKAMAN GAMBAR YANG DISEBARKAN DI INTERNET KONONNYA 2 PERAMPAS PESAWAT MH370 TELAH BERJAYA DI TANGKAP ADALAH FITNAH GUNA GAMBAR YANG TELAH DI UBAH SUAI!!!!



Orang ramai sekali lagi diberi peringatan dan nasihat agar tidak menyebarkan Fitnah dan berita palsu mengenai Pesawat #MH370.

Mohon sangat-sangat hormati emosi keluarga mangsa dan jangan mengganggu pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan fitnah yang anda sebarkan

Gambar ini dipercayai telah disebarkan di Whatsapp dan laman sosial FB dimana dikatakan pihak berkuasa berjaya menangkap individu yang bertanggungjawab atas kehilangan pesawat #MH370.

Perlu diingatkan berita ini adalah palsu semata-mata kerana gambar asal telah diedit dengan meletakkan logo Malaysia Airlines di pesawat. Gambar asal adalah gambar yang di ambil pada 2013 ketika pihak berkuasa Macau International Airport melakukan simulasi anti pengganas pada tahun 2013.

Tolong jangan sebarkan maklumat palsu dan mempercayai 100% apa yang anda baca di internet ataupun di instant mesaging seperti Whatsapp#PrayForMH370


Sumber: omakkau

0 Response to "RAKAMAN GAMBAR YANG DISEBARKAN DI INTERNET KONONNYA 2 PERAMPAS PESAWAT MH370 TELAH BERJAYA DI TANGKAP ADALAH FITNAH GUNA GAMBAR YANG TELAH DI UBAH SUAI!!!!"

Post a Comment