Kenapa Penting?? Berpantang makanan, pergerakan, semua lah...tapi saya suka lah kalau ada orang yang tolong buat semua tu..hihihi
maksud berpantang!!
Pada tempoh masa ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.
APA Kepentingan Berpantang Selepas Melahirkan??
1. Memberi masa kepada ibu untuk pulih dalaman dan baikpulih tubuh badan.
2. Dari segi pemakanan : si ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan.
3. Menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan.
4. Membiasakan si ibu dengan bayi yang baru dilahirkan apabila menyusu (mother bonding)
5. Memulihkan luka
6. Membetulkan segala urat yang tegang semasa melahirkan.
Bagi sesetengah kaum ibu yang masih mengamalkan amalan berpantang tetapi mahu ubat-ubatan yang moden juga boleh..sesetengah ibu tidak gemar bau herba mahupun jamu. ada juga yang risau jika jamu membuatkan bayi yang menyusu terasa 'panas' sekaligus bahaya bagi bayi kuning @ jaundise.