BILA CINTA DIKHIANATI. Inilah kurangnya bila kita setia. Apatah lagi dalam masa yang sama kita suda mula percaya. Kesetiaan tiada bermakna bila kepercayaan dihancurkan begitu saja. Kadang-kadang kita tertanya dimana silapnya. Eya..dimanakah silapnya?? Tepuk dada tanya hati.
Orite korang..jom kita berbicara dari hati ke hati. Apa maksud setia? Dan apa pulak erti percaya? Depend la kan kita nak tafsirkan macam mana dan aku percaya setiap daripada kita punyai definisi yang berbeza-beza. Apapun definisinya satu sahaja aku nak pesan..HARGAI LA SETIA dan PERCAYA itu.
Pengalaman aku pernah dikecewakan dalam cinta bila boyfriend ada duagirlfriend. Eh?? Macam mana tu?? Dipendekkan cerita special boyfriendbercinta dengan perempuan lain. Ohh..sedihnya ! Dan aku tahu diantara pembaca-pembaca entry ini mesti ada pengalaman yang sama kan? Jangan tipu la..aku tahu..kononlah haha. Agak-agak macam mana perasaan bila benda tu kita dapat tahu?? Fuhh !! Sakit giler! Lepas benda tu jadi..aku benci lelaki ! Benci sangat-sangat..
Tapi sebetulnya kita tak boleh juga nak salahkan lelaki kan? Sebab tak semua lelaki macam tu..aku tahu ada juga lelaki yang setia pada yang satu tapi problem dia perempuan pula yang curang. Betul kan?? Hihi So faralhamdulillah aku dah mampu memaafkan mereka yang menyakitkan hati aku dan aku telahpun menghalalkan airmata aku untuk anda dan anda patut berterima kasih..:P
[anda dimaksudkan adalah orang yang menyakitkah hati aku 3bulan lepas bukan anda anda ya! Eh??]
Okay back to topic BILA CINTA DIKHIANATI, jangan berputus harapan dan jangan pula berdendam. Jangan tutup pintu hati kita untuk cinta yang mahu bertandang. Jangan down melampau-lampau.Teringat nasihat kawan Facebook ;
"let it go, i meant benda tu tetap akan di ingat...but slowly beat it, don't let it beats u down, it's nature of life....".
So? Let it go dan terimalah hakikat bahawa anda dikhianati. You lose it..it's okay, yang penting don't lose yourself.
Harus kita sedari kita meminjam bukan memiliki….jadi, tak hairan lah jika kita kehilangan seseorang yang kita sayang kerana pada hakikatnya dia bukan milik kita tetapi milik Penciptanya yang juga Pencipta kita yakni Allah S.W.T. Kita boleh saja menangisi tetapi jangan berputus asa kerana pasti ada lagi pinjaman yang terbaik yang Allah ciptakan khas untuk kita selepas dia.
So, senyum comel-comel untuk diri kita sendiri….weeeeee~
INGAT INI ;
Cinta datang..
Kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan
Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati
Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun telah disakiti sebelumnya.Okay la..aku tak nak cerita panjang-panjang nanti korang bosan pula..huhu.
Nasihat aku kepada yang bergelar girlfriend/tunang/isteri..bilaboyfriend/tunang/suami curang dengan korang..sebelum tinggalkan make sure korang tumbuk muka dia sekali sampai lebam..hahaha. Kidding..