Satu lagi berita sedih buat dunia seni dan hiburan tanah air. Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini (61) telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia lebih kurang jam 1:26 pagi tadi (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat jangkitan pada paru-paru.
Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari Selasa lalu. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun yang lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas pada awal pagi Isnin.
Bercerita tentang titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahyarhamah seorang insan yang baik dan disenangi ramai. Pergi meninggalkan kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
AL-FATIHAH.....