Panas!!! Reaksi Ahli Keluarga Terhadap Felixia Yeap Yang Memeluk Islam


Seperti yang semua orang ketahui, Felixia Yeap yang merupakan model pakaian muslimah akan memeluk Islam pada 5th July ini.

Felixia Yeap yang merupakan satu-satunya model Playboy yang sah mengejutkan banyak pihak apabila beliau menunjukkan minat yang dalam untuk fesyen muslimah.


Keputusan beliau untuk memeluk islam telah mendapat pelbagai reaksi dari kawan-kawan beliau malah ada yang di antara mereka tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Menurut Felixia Yeap, ahli-ahli keluarga terutamanya ibu beliau menerima keputusan beliau dengan hati terbuka. Ibunya turut senang hati kerana dapat melihat perbezaan anaknya selepas mendekati dan memperlajari pengajaran Islam.

Apa-apapun, ini merupakan keputusan beliau dan kita harap ahli keluarga dan kawan beliau akan menerimanya dengan hati yang tenang.