Gambar..Penampakkan Makhluk Ganjil ketika Photoshoot !

Gambar yang dikongsikan oleh Oh media ini merupakan penampakan makhluk ganjil ketika pengirim yang merupakan seorang photographer sedang menjalankan photoshoot outdoor untuk pengantin di Gemas, Negeri Sembilan. Penampakkan ini terlihat menjelang waktu Maghrib di kawasan gerabak kepala keretapi lama.


Asalamualaikum, admin Oh! Media. Ni saya nak share pasal kisah penampakan lembaga masa saya photoshoot outdoor untuk pengantin dekat gemas, n9.. Kalau boleh blur muka pengantin pon ok. 

Pengantin dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan Gemas lokasi kejadian penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah lama terbiar. Sekadar berkongsi je. 

Saya pon tak perasan gambar yang diambil dari smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada di belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika waktu Maghrib hampir tiba.. - Pengirim gambar

Percaya atau tidak, kita sebagai manusia sememangnya berkongsi Bumi Allah ini dengan banyak lagi makhluk samaada terlihat di mata ataupun yang terselindung (ghaib/halus). Hal tersebut sememangnya ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadith. - Oh Media.

p/s : Orang tua berpesan masa nak dekat maghrib balik rumah !