AWIE diiringi peguamnya di Mahkamah Tinggi Syariah. |
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.
Ketika ditemui media selepas prosiding itu, Mohd Zaidi turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.
“Hakim juga membenarkan permohonan Awie supaya kedua-dua permohonan itu berkuat kuasa sehingga ada perintah lain dikeluarkan,” kata Mohd Zaidi.
Selain itu, Mohd Zaidi juga berkata mahkamah memberikan Rozana hak melawat anak-anaknya dua kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga selama dua jam bagi setiap sesi lawatan di rumah yang didiami Awie dan anaknya.
Pada 16 Julai lalu, Awie yang popular menerusi sekuel filem Sembilu dan Hantu Kak Limah Balik Rumah memfailkan permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan sementara anaknya dan perintah injunksi masing-masing mengikut Seksyen 201 dan 200 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998.
Menurut Mohd Zaidi lagi, vokalis kumpulan Wings itu turut memfailkan permohonan bagi hak penjagaan (hadanah) kekal bagi ketiga-tiga anaknya dan 6 Ogos ini ditetapkan untuk sesi Sulh (perbincangan).