Ekaterina Parkhomenko mencetuskan kontroversi apabila memuatnaikkan gambarnya di laman Instagram dengan barang yang dicuri dari lokasi pesawat MH17 terhempas dan melabelkan dirinya anggota puak pemisah Ukraine di Instagram, memuatnaik gambar itu dengan‘caption’ “Mascara from Amsterdam; to be precise, from the field. Well, you understand.”
Menurut laporan news.com.au, Parkhomenko tinggal di bandar Torez dimana pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai yang lalu.
Parkhomenko dilaporkan tidak mengambil maskara itu sendiri, tetapi ia telah diberi kepadanya oleh seorang rakannya.
Tindakannya itu dikutuk hebat oleh pengguna media sosial dan The Telegraph melaporkan bahawa akaun Instagramnya telah dipadamkan.
Namun The Telegraph melaporkan Parkhomenho sempat membalas beberapa komen pada gambarnya.
Ada seorang pengguna Instagram berkata “Adalah satu perkara yang baik awak tidak makan makanan dalam penerbangan itu atau apa-apa sahaja awak boleh jumpa.”
Untuk itu, Parkhomenho membalas “Adakah awak mahu saya menghantar makanan juga? Dan seluar dalam? Dan najis? ".
Berikut adalah antara reaksi pengguna media sosial: