Puncanya, soalan serius KJ yang berbunyi “Dimanakah venue Sukan Komanwel pada 2010?” telah dibalas oleh pemilik twitter handle @syasyamahmud atau Ratu Selfie dengan jawapan romantik “di dalam hati kita berdua…”.
Namun apabila KJ memberikan respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebutdengan mengarahkan supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju Malaysian Heroes, penyiasat tak bertauliah di media siber mula menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.
Hasilnya adalah gambar-gambar Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam pelbagai persalinan yang diambil daripada laman sosial miliknya.
Kalau tak dapat KJ pun awek ni tak perlu risau sebab ramai lagi jejaka lain pasti sanggup untuk memenangi tempat di taman hatinya.