Datuk Mohamad Shahrum: Belia harus manfaatkan konsert K-Pop




KUALA LUMPUR – Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran.
“Ia tidak seharusnya dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat luar.
“Golongan belia boleh memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak terhad kepada bahasa ibunda sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini, hari ini.
Mohamad Shahrum berkata mereka boleh mengenali budaya lain dengan lebih mendalam serta mengeratkan hubungan persahabatan, dan Korea kini terkenal dengan melahirkan artis-artis yang hebat serta menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. – Bernama

0 Response to "Datuk Mohamad Shahrum: Belia harus manfaatkan konsert K-Pop"

Post a Comment