GAMBAR: Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan, 3 Maut



Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.

Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.

Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.

Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.

Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.

Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.

Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI



0 Response to "GAMBAR: Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan, 3 Maut"

Post a Comment