Panas!!! Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen & Al-Quran

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen




Tindakan pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23 tahun, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.

Erma Fatima diarahkan untuk membayar saman kepada Rebecca Nur Al Islam. Siapa sangka saman yang bernilai RM11,200 dibayar dalam bentuk duit syiling 5 sen.


Erma Fatima dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan kepadanya.“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang. Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek. Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salah dari segi undang-undang,” kata Rabecca Nur Al Islam kepada Murai.

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, instagram erma fatima

"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca"- Erma Fatimamelalui Instagramnya.

Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat peguam Rabecca, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad dengan kata-kata agar Rabecca Nur Al Islamterus tidak berbohong.
Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, isi kandungan surat erma fatima untuk rabecca

Rabecca Nur Al Islam telah menerima wang tuntutannya daripada Erma Fatima sebanyakRM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu. Erma Fatima selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40% sehingga menyebabkan Rabecca Nur Al Islam memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.

Sumber: BNara & Mstar

0 Response to "Panas!!! Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen & Al-Quran"

Post a Comment