Anak lelaki Ziana Zain nasihat dirinya supaya bertudung

Alhamdulillah, anak macam kita mahukan. Anak sulung Ziana Zain yang bernama Aiman ini. Baru berusia 14 tahun, Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka. Bagus sungguh anak Ziana Zain ini.
Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana.
Manalah tahu satu hari nanti nasihat Aiman akan mengubah pendirian si ibu. Teruskan menasihati ibu anda. Insya Allah suatu hari nanti akan ada kesannya.

0 Response to "Anak lelaki Ziana Zain nasihat dirinya supaya bertudung"

Post a Comment