Tuan Guru Dato Hj Harun Taib meninggal dunia - Al Fatihah


PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam Jumaat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Berita mengenai kematian tersebut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

"Allahyarham uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam semalam (Khamis)," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

"Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir Kuala Terengganu," katanya.

Harun Taib
Benarlah hadith dibawah, di akhir zaman Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama. Apabila alim ulama sudah tiada, maka orang ramai memilih orang-orang jahil di dalam Pas. Pemimpin yang jahil tadi akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan yang menyebabkan mereka sesat dan menyesatkan.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." 
H.R. Muslim

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pernah berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald  mesti disokong umat Islam.

Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik, kata beliau .

Perkara ini bertentangan dengan pemimpin Pas seperti Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad.
 
 
Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menyelar ketegasan JAIS merampas Bible sebagai perbuatan yang akan memburukkan sifat rahmat Islam kepada semua penganut agama.

Bukan sekali, tetapi dua hari berturut-turut Mujahid 'menyerang' JAIS seolah-olah memperlihat beliau mahu melepaskan geram di mana dalam kenyataannya sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan pendekatan kasar digunakan ke atas masyarakat Kristian.

Mujahid pernah dipetik sebagai berkata: "Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya. Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? JAIS patut malu."

Allahyarham Tuan Guru Harun Taib sebelum ini lantang memperbetulkan Pas yang dilihat sudah hilang arah tuju, antaranya:

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

 4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

 9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” - kl express

Laporan Asal celahgelegar

0 Response to "Tuan Guru Dato Hj Harun Taib meninggal dunia - Al Fatihah"

Post a Comment