Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan - Al-Fatihah

Kes pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah disifatkan paling kejam pernah berlaku di Terengganu.
Ironinya, nyawa mangsa melayang ditangan penagih dadah yang juga kekasih si ibu.
Bagaiamanapun, jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Limbong Paka selepas solat maghrib semalam.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini sebaik jasad Nursyafiqah dimasukkan ke liang lahad.
Terdahulu jenazah dibawa pulang dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ Kuala Terengganu.
Ibu bapa mangsa dibenarkan melawat jenazah di unit forensik hospital itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Ibunya yang juga suspek kes pembunuhan itu bersama suaminya sedang menjalani penjara di Marang diberi tempoh 20 minit berada di sisi jenazah sebelum bapanya dibawa semula ke penjara Marang.





Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 tiga hari lalu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.
Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas dan berlumuran darah lalu melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.


Ahli forensik sedang menjalankan siasatan.

Susulan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa 2, Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa dikenali Nursyafiqah Adawiyyah, selesai menjalani bedah siasat yang bermula pukul 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan ibu saudara mangsa, Mukrimah Mamat 26 tahun yang dihubungi sebentar tadi.

Menurut Mukrimah, ahli keluarga kini berada di bilik mayat hospital berkenaan bagi menuntut jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, petang ini.

Jelas Mukrimah, anak saudaranya itu dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh kejam.

Katanya lagi, ibu mangsa, Rabiatul Adawiyyah Mamat, 28 tahun kini berada di Balai Polis Dungun untuk kawad cam bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:20 petang semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan, terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas.

Laporan Asal cari.com.my

0 Response to "Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan - Al-Fatihah"

Post a Comment