Pramugari Ini Jadi Popular Seketika

Malissa Mansor
Sejak admin siarkan entri “Pramugari Beri Kenyataan Punca Penerbangan Selalu Lewat” dan mendapat hits yang tertinggi, banyak blog yang telah menyiarkan entri yang sama beserta gambar yang diambil dari blog ini. Pramugari ini menjadi popular seketika. Ramai yang memuji status FBnya itu. Tak kurang juga ada suara-suara sinis yang memperlecehkan kenyataannya.

Niat admin adalah untuk menyebarkan info-info yang bermanfaat. Sebenarnya pramugari jelita ini adalah rakan admin semasa bersekolah di Seremban dahulu. Nama sebenarnya Umi Malissa Binti Mansor. Lahir pada Disember 1984. Kini berusia 29 tahun dan masih belum berkahwin. 

Malissa Mansor bersama rakan sekerja
Banyak kenangan yang pernah admin lalui bersama Malissa sepanjang usia remaja dulu. Bapanya Malissa seorang kakitangan kerajaan manakala ibunya pula seorang surirumah.

Malissa memang cantik dan ramai peminat. Tidak sombong. Mempunyai vokal yang enak didengar. Artis yang diminatinya hingga kini adalah Siti Nurhaliza. Sepanjang admin kenal dia, dia memang memasang impian untuk melibatkan diri dalam bidang glamour suatu hari nanti. Dan kini impiannya telahpun tercapai. Malissa kini bergelar ketua pramugari Air Asia, model dan juga pelakon sambilan. Mungkin Malissa masih belum terkenal lagi dalam dunia lakonan.
Dua buah drama lakonannya ialah Di Sebalik Maya dan Cikgu Manja. Wajahnya pernah menghiasi beberapa helaian akhbar. Dan kini Malissa dalam perancangan untuk menerbitkan single pertamanya tidak lama lagi.

Sejak tamat sekolah menengah, Malissa dan adik kembarnya sudah jarang admin ketemu. Kami membawa haluan masing-masing. 4 tahun lepas admin terjumpa FB Malissa. Barulah admin tahu yang Malissa sudahpun menjadi pramugari dan model sambilan.

Tahniah Umi Malissa. Sahabatmu ini akan sentiasa menyokong kerjaya dan impianmu. Mungkin entri ini sedikit sebanyak boleh membantu impian Malissa untuk lebih maju ke hadapan.


Tak salah bantu kawan kan. Seperti admin pernah membantu sebuah blog kisah seekor kucing berkaki kudung pada suatu waktu dahulu sehinggalah kucing itu dikenali ramai. Apa yang penting, niat dan kepuasan. Alhamdulillah..

0 Response to "Pramugari Ini Jadi Popular Seketika"

Post a Comment