Rumahtangga Fiza Elite Berantakan?

Rumahtangga Fiza dan Adam berantakan? Betulkah?

Rumahtangga Fiza Elite Belum Berantakan Gosip mengenai keretakan rumahtangga Fiza Elita dan Adam mula tersebar pada September tahun lalu namun Adam tampil menafikan khabar angin yang menyatakan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.


Terbaru, desas-desus masalah rumahtangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian peminat apabila beberapa keping gambar Fiza dengan suaminya, Adam telah telah dipadam di akaun Instagram miliknya

Perkara ini menyebabkan segelintir pengikut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semakin yakin dengan dakwaan tidak berasas itu. Mungkin kerana sudah letih terus-menerus dihentam peminat, Fiza tampil menjawab tuduhan mereka yang berbunyi berikut :-

"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya."

0 Response to "Rumahtangga Fiza Elite Berantakan?"

Post a Comment