Mayat seorang wanita yang ditemui terapung dalam anak sungai berhampiran kolej kediaman dipercayai merupakan penuntut UNIMAS yang telah dilaporkan hilang.
Mayat tersebut dijumpai oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas berita kehilangan pelajar tersebut diketahui Ahad lalu.
Mayat yang dijumpai kira-kira jam 5.20 petang tadi dipercayai mayat Siti Najwa Atikah Bt. Azhar yang hilang dua hari yang lalu.
Anak sungai tempat di mana mayat dikatakan pelajar UNIMAS ditemui
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superitendan Lee Chong Chern berkata mangsa tersebut berkemungkinan telah meninggal dunia beberapa hari lepas.
Susulan daripada penemuan tersebut, mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca utama kematiannya.
Laporan Asal Penselpetik
0 Response to "Gempar: Mayat Dipercayai Pelajar UNIMAS Di Temui Berhampiran Kolej Kediaman"
Post a Comment