Hendaklah dipastikan pasangan masing-masing berada dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;
- Sedang sakit yang memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan
- Kelaparan
Janganlah mendatangani isteri selagi isteri belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut, sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.
Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan. Rasulullah di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya. Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.
Bercumbu-cumbuan
Di antara sunnah ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.
Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :
باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.
Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti berikut;
بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas ;
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“
Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan."
Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :
لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.
Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap kiblat. Dia tidak mengadap ke arah kiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati kiblat.
Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya.
Jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.
Persetubuhan patut dilakukan 4 malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang. Sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.
Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga seharusnya saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri.
Bersederhana – Hubungan kelamin yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.
Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima’.
Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,
“Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil wuduk.
2. Mandi dan memakai wangi-wangian.
“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan, pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insya-Allah akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada bertelanjang bogel tanpa penutup kain.
8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil wuduk.
Imam Al-Ghazali berkata :
“Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat)”.
0 Response to "Info ~ Cara Bersetubuh Dalam Islam"
Post a Comment