PENYEBARAN dua keping gambar yang menunjukkan ibu kepada pengarah filem, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menyarungkan cincin ke jari Puteri Sarah Liyana, akhirnya menjawab segala persoalan mengenai hubungan kedua pelakon ini.
Datuk Yusof Haslam menerusi temu bual bersama Zass mengakui beliau dan isterinya telah merisik Puteri Sarah pada Ahad lalu, di kediaman keluarga Puteri Sarah selepas Zohor.
Katanya, jika tiada aral melintang, Syamsul memilih untuk disatukan dengan gadis pilihannya itu pada Mac ini.
"Syamsul beritahu ibunya dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta kami masuk merisik. Setelah perbincangan dilakukan, Insya-ALLAH bulan Februari atau Mac ini mereka akan disatukan.
"Kemungkinan akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya," ujarnya.
Yusof berkata, beliau tidak kisah siapa pun yang menjadi pilihan anaknya itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Sebagai bapa, saya doakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinannya. Kami juga tidak pernah menghalang siapa pun yang menjadi pilihannya waima wanita itu orang putih sekali pun (ketawa). Semoga segala perancangan ini akan berjalan dengan lancar," akhirinya.
Ammar dedah rahsia
Hubungan kedua selebriti ini didedahkan sendiri oleh bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian Aziz yang juga seorang pelakon dan model, kira-kira empat bulan selepas mereka disahkan berpisah.
Ammar mendakwa hubungan Syamsul dan Puteri Sarah mulai rapat sekitar Oktober 2012, biarpun hubungannya dengan Puteri Sarah hanya berakhir pada Disember tahun yang sama.
Ammar dan Puteri Sarah sebelum itu, bercinta selama lima tahun.
Manakala Syamsul dalam temu bual bersama sebuah akhbar juga turut menafikan dia bercinta dengan Puteri Sarah dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar kawan biasa.
Sementara itu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan pada Mei tahun lalu, Syamsul dan Ammar dilaporkan hampir bertumbuk ketika menyelesaikan masalah yang melanda mereka berdua berkaitan Puteri Sarah.
Namun, dalam segala cerita pahit berkaitan mereka bertiga, Puteri Sarah mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk bertudung dan meninggalkan industri lakonan bagi mengelakkan dia bersentuhan dengan bukan muhrim.
Bagaimanapun Puteri Sarah dilaporkan tidak keberatan untuk menerima tawaran dalam bidang pengacaraan, asalkan sesuai dengan imej baharunya itu.
Laporan Asal Koongsi
0 Response to "Terkini ~ Syamsul, Puteri Sarah nikah Mac ini"
Post a Comment