Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
Individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah Fasha bertindak membela ibunya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anak.
Akibatnya, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta. Ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan. Namun Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan.
Dalam pada itu, suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai turut mempertahankan isterinya kerana menganggap gangguan tersebut sudah melampaui batas hingga dikhuatiri mampu mengganggu keharmonian keluarganya.
Laporan Asal arenasensasi
Laporan Asal arenasensasi
0 Response to "LAGI PANAS: FASHA SANDHA BALAS DENDAM KERANA IBU DIHINA?"
Post a Comment