Berikut merupakan ringkasan berita mengenai penangkapan pasangan tersebut.
Polis menahan sepasang kekasih berusia 21 dan 19 tahun dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang remaja di tapak pembinaan di Batu 3, Jalan Labu, di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek ditahan di Ampangan, dekat sini, jam 6 petang semalam. Katanya, polis turut memburu tiga lagi individu berusia awal 20-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.
Dalam kejadian itu, mayat Amir Fazli Suhaimi, 18, yang bekerja di Kompleks Sukan Nilai, dekat sini, ditemui tertiarap di dalam sebuah lubang di tapak pembinaan terbabit, jam 8.20 pagi kelmarin.
Foto terkini pasangan tersebut kini viral di Internet: