Satu laporan polis membabitkan kes yang mendatangkan kecederaan telah dibuat di Kelang pada jam 5:49 pagi tadi. Pengadu merupakan seorang lelaki dari suku kaum Bugis, berusia 30 tahun dan bekerja sebagai juruwang di sebuah cyber cafe di Vital Net.
Menurut pengadu, ketika dia sedang bekerja lebih kurang jam 4:50 pagi, cyber cafe tersebut telah didatangi lebih kurang 10 orang lelaki India yang bersenjatakan parang dan kayu. Kesemua suspek menyerang beberapa orang pelanggan yang sedang melayari Internet dengan menggunakan parang dan kayu.
Suspek kemudian melarikan diri setelah mencederakan pelanggan-pelanggan di premis tersebut tanpa merampas apa-apa barang milik mangsa.
Cyber Cafe Vital Net terletak di No.290, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Kelang.
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20-an, dan bersenjatakan parang panjang serta kayu. Semasa kejadian terdapat lebih kurang 10 orang pelanggan yang terdiri daripada rakyat Sabah yang bermastautin di Kelang.
Pengadu dan mangsa tidak dapat cam suspek-suspek tersebut kerana mereka semua menutup muka dengan kain. Suspek-suspek juga dilihat menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna perak jenis Mitsubishi Storm dan sebuah kereta Proton Iswara dengan nombor pendaftaran yang telah dirosakkan.
Dalam kejadian tersebut, seramai 6 orang warga Sabah telah mengalami kecederaan di badan akibat ditetak. Kesemua mereka telah dihantar ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, kes tersebut sedang disiasat oleh Polis Kelang Selatan.
Keenam-enam mangsa adalah:
1. Mohd Rais bin M.Tahir
2. Abdul Mutalib bin Abdul Rahim
3. Mohd Junaidi bin Negeri
4. Amran bin Amri
5. Mohd Norhan bin Abdul Karim
6. Aidil bin Baddu.