Secara jujur admin agak kecewa dengan perbandingan-perbandingan yang dilakukan. Setiap anak ada kecomelannya tersendiri. Tak ke sedih hati ibu dan ayah apabila anak kita dikatakan kurang comel berbanding anak orang lain. Jadi apabila membaca nasihat Yana Samsudin yang ditulis di Facebooknya, admin terasa ingin berkongsi untuk tatapan kita semua.
Sangat bagus nasihat Yana Samsudin ini. Sebagai manusia kadangkala kita over excited sehingga menulis sesuatu yang akan melukakan hati orang terdekat. Yang penting kita harus bersyukur dengan kurniaan olehNya. Kita juga harus belajar gembira untuk orang lain tanpa buat perbandingan. Tahniah Yana kerana nasihat yang amat padu. Sama-samalah kita ambil pengajaran.