PUNCA SEBENAR ! PELAJAR UITM BUNUH KEKASIH DI KRISTAL HEIGHTS


SHAH ALAM – Seorang pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan pelajar yang membunuh teman wanitanya dua minggu lalu.

Tertuduh,pelajar Muhammad Fahmi Mohd. Hanafiah didakwa membunuh Haryati Harun (pelajar gambar kecil), 44, dengan menikam mangsa yang masih bujang di tangga tingkat 6, Blok A, Pangsapuri Kristal Heights pada pukul 2.10 pagi, 15 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Begitupun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin.

Sebaliknya,pelajar Muhammad Fahmi yang diwakili peguam bela, S. Selvam mendakwa tertuduh itu dikasari dan dipaksa memberi keterangan secara tidak rela oleh anggota polis sewaktu berada di dalam lokap sepanjang tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes tersebut lapor KOSMO!