Gambar Hiasan |
Sumber JAIPs berkata, pihaknya menerima aduan aktiviti pasangan terbabit lalu membuat intipan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.
Pihak kami mendapat maklumat pasangan yang belum berkahwin itu sudah dua hari menginap di hotel berkenaan dan mereka memberikan kerjasama apabila membuka pintu bilik selepas diketuk oleh anggota penguat kuasa.
Hanya mereka berdua berada di dalam bilik dan pemeriksaan mendapati lelaki itu hanya memakai tuala dan baju-T manakala pasangannya berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu dan wanita yang memegang jawatan dalam sebuah parti politik itu mengaku tiada hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan.
Menurutnya, kedua-duanya kemudian dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat JAIPs untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes diserahkan kepada pihak JAIPs.
Sumber: suarainsan
0 Response to "Ahli politik status janda ditangkap khalwat di hotel baget"
Post a Comment