Ketika kemelut rumahtangga Romie, kekasih Hanez Suraya semakin panas dan merungsing, seorang pemilik akaun Facebook dikenali Mohd Suffyan Riduan tampil mendakwa gaji pekerja Romie masih belum dibayar sehingga kini.
Luahan Mohd Suffyan telah dikongsikan oleh fanpage Facebook Kami Sokong Liyana baru sejam tadi. Adakah dakwaan ini benar? Jika ya, situasi Romie pastinya semakin sukar dan bakal berdepan tomahan berterusan dari orang ramai.
Bagi penulis, kontroversi tiga penjuru mereka ini boleh diselesaikan jika Romie dan Hanez Suraya membuang ego mereka dan tampil kepada umum untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka menerusi sidang media khas.
Sebaiknya, tidak perlu lagi mempertahankan diri kerana orang ramai hanya akan semakin agresif mengutuk dan mengkritik. Apapun penjelasan yang dibuat, ianya tidak akan mengubah pandangan serong masyarakat terhadap mereka berdua.
Laporan Asal: plbgaimacam
0 Response to "Romie kekasih kepada Hanez Suraya didakwa tidak membayar gaji pekerja ?"
Post a Comment