INILAH KRONOLOGI: Pesawat MAS #MH370 dari KL ke Beijing terhempas di Laut China Selatan!

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

ollll.PNG (649×464)


Penerbangan MH370 itu embawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani

Kenyataan Media MAS:


Kronologi Terkini (UPDATE):

12.41 pagi (GMT+8): Pesawat Boeing 777 berlepas dari KLIA
01.05 pagi (GMT+8): Melalui laporan Flight Aware, data semasa penerbangan pesawat tidak dapat di terima.
07.25 pagi (GMT+8): MAS mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan

Lihat Data dibawah (GMT+7):




10.00 pagi (GMT+8): SUMBER TIDAK SAH: Kapal Terbang Selamat dalam ditemui mendarat cemas di Lapangan Terbang Nanming, China.


10.15 pagi (GMT+8) : MAS menafikan kapal terbang MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS):


10.30 pagi (GMT+8) : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.

10.40 pagi (GMT+8) : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat

11.00 pagi (GMT+8) : Senarai nama Crew MAS MH370

11.05 pagi (GMT+8) : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang

11.30 pagi (GMT+8) : Senarai Jumlah penumpang mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:

1. China – 152 plus 1 infant
2. Malaysia - 38
3. Indonesia - 12
4. Australia - 7
5. France - 3
6. United States of America – 3 pax plus 1 infant
7. New Zealand - 2
8. Ukraine - 2
9. Canada - 2
10. Russia - 1
11. Italy - 1
12. Taiwan - 1
13. Netherlands - 1
14. Austria - 1


12.45 tengah hari (GMT+8) : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas! Laporan Yahoo Singapore

LAPORAN PENUH:
KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

1.15 Tengah Hari (GMT+8) : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat pesawat MH370.

laporan Asal: tengoktvonline


























0 Response to "INILAH KRONOLOGI: Pesawat MAS #MH370 dari KL ke Beijing terhempas di Laut China Selatan!"

Post a Comment