KEKASIH Hanez Suraya, Mr. R menegaskan, tuduhan isterinya terhadap Hanez adalah fitnah serta dakwaan dia pergi ke Bangkok berdua bersama Hanez juga adalah tidak benar.
“Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.
“Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapanbulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.
“Manakala saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua.
“Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga”, tegasnya. (petikan Malaysian Digest)
0 Response to "Isteri Dah Minta Cerai Sebelum Kenal Hanez Suraya – Mr. R"
Post a Comment